Safiey Nak Jadi Inspirasi Wanita



Nampaknya pertikaian antara Safiey Ilias dan pendakwah PU Amin masih belum selesai. Semalam Amin ada muat naik gambar satu majlis pelancaran produk kecantikan dihadiri oleh Safiey kat ibu kota.

Satu gambar menunjukkan Safiey memakai baju gaun yang terang-terang gaya kaum wanita dan satu gambar lagi menunjukkan golongan transgender ramai-ramai pakai gaun jugak atas 



Dalam entri tu Amin berterima kasih kat orang yang tag dan minta dia tegur kes ni. Tapi katanya dia dah tak mampu tegur golongan yang terus mencabar kesucian agama ni sebab semuanya dia dah buat.

“Siapa yang biasa dengan industri fesyen akan lebih faham. Saya juga dapat membantu industri fesyen tempatan untuk terus berkembang, selain memberi peluang kepada lebih ramai pereka berkarya dengan kreatif setanding pereka antarabangsa.”



“Malah, saya bakal bekerjasama dengan beberapa pereka (fesyen) tanah air, sekali gus menyumbang kepada (bayaran) zakat dan cukai serta membantu ekonomi negara.”

Safiey jugak menyatakan yang jihadnya adalah untuk memberikan inspirasi kepada wanita dan sesiapa sahaja terutamanya ibu tunggal serta belia untuk menjana pendapatan. Tapi katanya itu tak bermaksud dia nak suruh orang lain jadi macam dia.

“Bagi saya, setiap manusia ada proses kehidupan sendiri. Ini dugaan saya dan akan terus berdoa semoga hidayah itu dipermudahkan.”



“Tidak sesekali saya menyuruh mereka menjadi seperti saya. Kita lihat daripada aspek yang lebih mendalam iaitu kejayaan saya di usia muda dengan menyelami aspek positif. Contohi mana yang baik dan yang buruk itu dijadikan sebagai pedoman.”



Source:https://lobakmerah.com/safiey-nak-jadi-inspirasi-wanita/
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==