Disebalik serangan bertubi-tubi yang diterima oleh Mohd Izwan Azir, penyampai berita TV3 bagi slot Buletin Utama ketika ini, timbul satu lagi cerita menarik dari bekas penyampai berita TV3 iaitu Saiful Nizam Ismail yang meletakkan jawatan di TV3 pada dua tahun lepas.
Saiful yang pernah berkhidmat di TV3 selama 14 tahun itu mengambil keputusan untuk berhenti dari agensi berita terkenal tempatan itu pada tahun 2015 tetapi ramai yang tidak menyedari apakah yang menyebabkan beliau mengambil tindakan drastik itu.
Baca : Mohd Izwan Azir, Pembaca Berita TV3 Luahkan Perasan Dihina Netizens Di Sosmed..
Isterinya, Khairul Noormaaidah Zali ataupun lebih dikenali sebagai Aida akhirnya membuka cerita sebenar kenapa suaminya mengambil keputusan itu pada dua tahun lepas.
"Salam buat semua. Ikutkan hati biarlah apa orang nak kata. Namun bila DM dibanjiri dengan kata-kata kesat yang kebanyakannya memerli saya walaupun kesalahan ingin ditujukan buat suami saya walaupun bagi saya apa yang dilemparkan itu sungguh tidak benar.
Untuk pengetahuan mereka yang tidak memahami, MEDIA ITU BERSIFAT DIMILIKI. Tidak dapat tidak penyampai berita perlu menyampaikannya. Beralih kerajaan maka beralihlah cara penyampaiannya (ini bukan lalang).
Sungguh saya selaku isteri kongsikan. Suami saya pernah menangis pulang ke rumah selepas selesai menyampaikan berita berkaitan Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Proton dua tahun lalu.
Ketika ini katanya sudah tiba masanya perlu rujuk ustaz yakni mereka yang lebih arif mengenai hukum. Apa hukum menyampaikan sesuatu yang telah jelas diketahui KETIDAKSAHIHANNYA. Ia dianggap seperti menyebarkan fitnah.
Setelah diteliti suami saya putuskan untuk berhenti kerja serta merta dan percaya rezeki ada dimana-mana dan keputusan yang diambilnya sangat tepat!," jelas Aina dalam satu kenyataan yang dipetik di akaun Instagram miliknya.
Media itu bersifat dimiliki kata Aida
Akhirnya memutuskan letak jawatan serta merta selepas mendapatkan nasihat ustaz jelas Aina lagi..
Janganlah menyalahkan mereka yang bekerja disebalik media kerana mereka bukanlah seperti yang disangka kata Aida..
Pernah terfikir jika berlaku apa-apa ke atas Tun Mahathir adakah TV3 akan mendiamkan sejarah, kisah, jasa dan pengorbanan beliau tulis Aida.
Aida juga sempat berpesan kepada semua pihak untuk tidak menyalahkan pihak yang bekerja di agensi media kerana ia bukanlah sesuatu seperti yang disangkakan oleh orang awam.
Dalam pada itu Aida juga menyeru untuk tidak menghina Datuk Seri Najib Razak kerana baginya pemimpin itu mungkin sudah cuba melakukan yang terbaik.
"Cuma to be honest sebelum korang nak caci maki, lemparkan fitnah, fikirlah dulu. Kita marah kepimpinan sebelum ini yang merendahkan Tun, moga kita sama dipelihara dari perlakuan sedemikian. Ds Najib pun mungkin bagi beliau sudah lakukan yang terbaik.
Jadi janganlah kita memaki seolah-olah beliau bukan pemimpin. Sama-sama kita jaga kesusilaan bukan untuk apa-apa, it's only to be a better Malaysian," katanya lagi. - SoZPress.