SEHARI dua ini media sosial kecoh dengan isu Panama Dance. Pelbagai pihak tampil dengan beberapa pandangan yang mana kebanyakannya mengecam trend 'Panama Dance' yang semakin tular dan mendapat sambutan di Malaysia.
Panama Dance menjadi perhatian selepas beberapa agensi kerajaan menarikan Panama Dance sebagai CABARAN (Panama Challenge) dan menyebarkan ia di media sosial. Sejak itu ia menjadi sasaran kritikan dan sindiran netizens walaupun tindakan beberapa agensi kerajaan itu sekadar berhibur semata-mata.
Antara klip yang tular ialah dari JPJ Perlis, KPJ Kuantan, Hospital Selayang, JKN Pahang, UPNM, Hospital Ampang, Hospital Alor Setar, Bomba, PKD Hulu Selangor, JKN Pulau Pinang. Ada antara netizens yang mengharapkan Panama Dance dari agensi kepolisan dan tentera bagi menyahut cabaran online itu.
Antara yang menyebarkan klip cabaran Panama Dance di sosial media;
Bagaimanapun tidak semuanya dapat menerima tindakan sesetengah penjawat awam yang menyahut cabaran 'Panama Dance' itu.
Lebih dari 42,000 kali dikongsikan di Facebook, rata-rata netizens menzahirkan komen berbaur kecaman, kemarahan dan menghukum secara keras.
Amirul Zainal : "Lebih kurang macam kelab malam je cuma beza tempat".
Ad Kahar : "Bila hati tiada roh berugama".
Muhammad Faizal : "Malaikat Maut memanggil".
Firdaus Haramaini : "Ke mana hilangnya ruh Islam. Baru didatangkan dajjal kecil..bayangkan dajjal sebenar nanti macam mana..".
Kritikan pada JPJ Perlis
Lebih dari 3,000 kali perkongsian di Facebook, nampaknya JPJ Perlis menerima kecaman berbanding pujian. Kebanyakan netizens menolak alasan menghilangkan stress, santai ataupun hiburan.
Mereka sebaliknya menegaskan tarian seperti itu berunsurkan syaitan, dajjal, merosakkan imej Islam serta penjawat awam.
Ada yang beranggapan lebih baik membuat cabaran khatam Alquran berbanding Panama Dance.
Adakah anda bersetuju dengan reaksi netizens itu? Klip tarian Panama Dance JPJ Perlis dibawah ini. - SoZPress.