Daging-Daging & Susu Goncang Bergentayangan Dalam PANAMA DANCE - Saiful Nang.

Oleh : Saiful Nang

DAGING-DAGING DAN SUSU GONCANG BERGENTAYANGAN DALAM PANAMA DANCE.

Mungkin 1 dari ramai yang memuji aliran trend semasa ini. Biarlah saya jelaskan sedikit. Saya bukan ustaz tetapi hanya Muslim biasa yang dibesarkan dalam environment Islam. Saya yakin, isu ini sangat jelas dan tidak perlukan ulamak yang muktabar untuk beri penjelasan sedangkan pelanggaran yang berlaku adalah perkara paling asas yang semua Muslim patut tahu. Biarlah saya komen tentang BUDAYA TULAR PANAMA DANCE secara keseluruhan (bukan Panama Dance JPJ sahaja). 



Jika lepas ini nak dikatakan saya ini kolot, saya rela jadi kolot dari mengikuti sesuatu yang salah. Kepada yang bukan Islam, aurat wanita tidak hanya pada tudungnya sahaja. Dalam ayat yang sama dalam Al-Quran memerintah wanita MELABUHKAN TUDUNGNYA (sekarang pun ramai yang pakai tudung tak labuh sampai tutup dada).

Baca dulu ayat ni, bukan saya yang cakap tapi Allah yang cakap. Ayat ini ayat muhkammat yang jelas tanpa mustasyabihat yang perlukan cerdik pandai untuk fahaminya.

Holy Quran 24:31
-------------------------------------------------------
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِهِنَّ ۖ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَىٰ عَوْرَاتِ النِّسَاءِ ۖ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ ۚ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka MENGHENTAKKAN KAKINYA AGAR DIKETAHUI PERHIASANNYA YANG MEREKA SEMBUNYIKAN. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.


----------------------------------------------------------

Kepada rakan yang bukan Islam, inilah sebenarnya Islam. Walaupun kamu semua suka tengok kakak-kakak JPJ bersikap sporting begitu sekali, tapi itu bukanlah ajaran Islam. Jangan cakap ulamak yang haramkan, tapi ini memang Allah sendiri sudah haramkan. It's ok if you don't know this before. Saya cuma sampaikan supaya u all nanti faham. Bila sudah faham bagaimana Islam yang sebenarnya, dan ia memang haram dari Allah lagi tetapi kamu menyokong perlanggaran itu dan mengecap pengharamannya itu seperti kamu tidak menghormati agama saya.

Tetapi itu kamu, yang bukan Islam. Kamu mungkin tidak faham dan saya ok sahaja. Tetapi, bukankah abang-abang dan kakak-kakak JPJ itu dan yang dalam Kementerian Kesihatan itu tahu yang itu haram?

Kakak-kakak semua, umur pun dah tidak muda mana. Secara adab, kita malu anak-anak dara kita menonton buah mangga, betik dan tembikai melambung-lambung dengan "Hentakan Kaki Yang menampakkan perhiasan yang disembunyikan" (Rujuk ayat di atas). 


Nanti, bagaimana akak semua nak melarang anak-anak dara akak nanti keluar dari rumah berpakaian ketat dan menayangkan buah-buah yang ranum menjadi idaman musang-musang?

Apapun, tak salah buat atas niatnya SENAMAN MENGHILANGKAN STRESS. Tetapi kita ada agama, dan agama kita sudah ajarkan

1. Tidak bercampur lelaki dan perempuan
2. Tida pula untuk menjadi tontonan satu negara dan dunia. 

 
Itu aurat kak. Kepada Kementerian yang terlibat, dalam apa yang kita buat hari-hari kalau kita memang selalu bermain dengan kekotoran, kita akan terasa kekotoran lain itu bukan satu kekotoran. Jika badan memang dah berlumur najis, terpijak najis lainpun sudah tak rasa apa-apa. Namun jika kita biasa BERSIH, setitik taik cicak pun kita nak basuh. Unit Dakwah JAKIM Malaysia patutnya menjadi BAPAK YANG QOWWAM kepada isu ini dan tidak terbiar tanpa ada satu penegasan sehingga yang salah...sudah dipandang BETUL.

Saya tak sporting? Memang...saya tak sporting. Saya sendiri tak suka tengok kalau yang buat aksi panama dance itu ialah isteri dan anak-anak perempuan saya. Malu dan dayus sahaja rasanya kalau tak dilarang.

Akak-akak yang teringin sangat nak buat panama dance tu, balik nanti pakat-pakat dengan jiran-jiran perempuan, ahli-ahli mesyuarat tingkap, geng dalam pergerakan wanita, atau kawan-kawan satu PIBG yang perempuan kumpul dalam 1 dewan, pasang kuat-kuat muzik Panama tu, kunci pintu dewan, rakam dan buatlah suka hati. Yang dirakam tu, PASTIKAN bukan untuk disebarkan tapi untuk sendiri-sendiri tengok kot seronok sangat tengok pemantulan daging-daging dan babat kakak-kakak sekalian. Pastikan suami tak tengok video tu, takut-takut suami jadi suka pula pada daging jiran.

Islam tak halang nak jadi sihat malah Islam suruh jaga kesihatan sebagai kewajiban. Cuma dalam Islam, ada batasannya. Kita ni memang senang adapt dengan benda-benda begini. Masuk Gangnam habis semuapun tiru dari marhaen sampailah kepada pemimpin negara. Masuk Panama Dance juga sama. Cepat orang-orang kita ni resap benda-benda begini. Orang berjoget kat Zouk kita bash, orang berjoget atas nama Panama Dance (sopan sikiiittttt jer lah dari tarian goncang daging di Zouk haritu) pun sama sahaja.

Kak, saya malu tengok susu-susu goncang dan daging-daging bumper bergentayangan akibat graviti dan lonjakan dalam bungkusan di balik tudung singkat serta kain / seluar dalam Panama Dance. Saya malu, harapnya...akak-akak pun malu sama. Kepada yang baca, harap boleh share supaya yang bukan Islam akan mula faham, yang Islam akan terus berubah.

Akhir kalam, saya menulis bukan untuk dipuja dan untuk dapat like. Jika menyatakan kebenaran buat saya kena bash, it's your choice.

Sekian

SAIFUL NANG
Dakwah ialah tanggungjawab semua, bukan ustat sahaja.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==