KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
LAPORAN POLIS TERHADAP PENULARAN VIDEO DI MEDIA SOSIAL OLEH MUHAMMAD IZAT MARICAN MENGENAI HOSPITAL LANGKAWI PADA 31 MAC 2018
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah ingin merujuk kepada video yang dirakam tanpa kebenaran di premis kesihatan Kerajaan dan dimuatnaik oleh seorang pengguna laman media sosial Facebook dengan nama Muhammad Izat Marican. Video ini kemudiannya telah tular daripada Facebook group Langkawi Sana Sini sehingga mencapai ribuan kongsi/like di laman Facebook. Pihak JKN Kedah memandang serius tomahan tidak berasas oleh individu ini dan ingin menegaskan bahawa tindakan ini adalah tidak sepatutnya dilakukan dan pihak hospital telah mengambil tindakan melaporkan perkara ini kepada pihak polis.
Setelah disiasat, seorang wanita yang mengandung 37 minggu telah hadir ke Dewan Bersalin Hospital Langkawi pada pukul 2:20 pagi 31 Mac 2018 bersama suami untuk membuat pemeriksaan kerana telah mengalami sakit seperti hendak bersalin. Beliau telah diperiksa oleh Jururawat yang bertugas terlebih dahulu dan beberapa ujian telah dibuat termasuk ujian air kencing dan cardiotocography (CTG). Pemeriksaan awal oleh jururawat mendapati kes wanita ini bukanlah kes kecemasan namun beliau mempunyai beberapa faktor risiko dan perlu diperiksa oleh Pegawai Perubatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.
Namun begitu, pada masa yang sama, Pegawai Perubatan dan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan yang bertugas atas panggilan (on-call) terpaksa menghadiri kes kecemasan di Dewan Pembedahan bagi mengendalikan kes ibu selepas bersalin yang mengalami pertumpahan darah yang perlu rawatan pembedahan segera. Kes selesai pada jam 4.52 pagi. Pesakit dan waris perlu memahami sistem tugasan pakar di hospital yang bekerja atas panggilan selepas waktu pejabat. Ini merupakan sistem yang digunapakai di hospital-hospital samada pakar dan bukan pakar sejak sekian lama lagi. Sama seperti perkhidmatan pada waktu pejabat, keutamaan sentiasa diberi bagi kes-kes kecemasan.
Individu yang telah merakam video ini dipercayai suami kepada wanita hamil tersebut dan beliau telah memarahi dan mengasari jururawat tersebut secara lisan, serta turut bertindak merakam perbuatan beliau tersebut. Walaubagaimanapun, syabas diucapkan kepada jururawat terbabit yang dengan cekap dan tenang telah mengendalikan individu tersebut. Meskipun begitu, kejadian seperti ini sememangnya memberi kesan negatif kepada minda petugas kesihatan yang bertungkus lumus memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat.
Adalah diingatkan bahawa mengambil gambar atau video tanpa kebenaran di premis Kementerian Kesihatan adalah dilarang sama sekali. Begitu juga dengan kekerasan terhadap anggota kesihatan, samada kekerasan fizikal, lisan ataupun bertulis (termasuk di media sosial). Tindakan undang-undang boleh diambil oleh pihak berwajib terutama misalnya bawah Kanun Keseksaan Malaysia [Akta 574] dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan seksyen dan subseksyen tertentu bergantung kepada jenis kesalahan.
Pihak JKN Kedah memandang serius tindakan yang telah dilakukan oleh individu ini, iaitu selaras dengan kepatuhan terhadap Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti KKM dan juga Surat Edaran Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 1 Mac 2017 mengarahkan penggunaan tanda larangan membuat rakaman video dan gambar di fasiliti KKM.
Oleh itu, adalah dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Hospital Langkawi dan juga Jururawat yang dikasari telah memfailkan laporan polis pada 31 Mac 2018. Pihak JKN Kedah akan berhubung lanjut dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Negeri dan Balai Polis Padang Matsirat, Langkawi, serta menyeru mereka untuk mengambil tindakan sewajarnya berdasarkan akta-akta sediada bagi melindungi penjawat awam yang dikasari.
Malah kenyataan keatas video ini yang ditularkan melalui FB Langkawi Sana Sini "Hospital Langkawi paling teruk di dunia. Tiada Dr. dalam Dewan bersalin" adalah keterlaluan dan berunsur fitnah kerana ianya adalah TIDAK BENAR.
Hargailah perkhidmatan perubatan dan kesihatan yang diberikan. Bantulah kami untuk membantu anda, dan hentikan kekerasan terhadap warga kesihatan.
Sekian terima kasih.
DATO’ DR NORHIZAN ISMAIL
PENGARAH KESIHATAN NEGERI KEDAH