Stephen Hawking Meninggal Dunia.

Professor Stephen Hawking telah meninggal dunia pada usia 76 tahun, kata jurucakap keluarga mendiang.

Dalam satu kenyataan oleh anak-anak kepada Hawking, iaitu Lucy, Robert dan Tim berkata : 


"Kami sangat bersedih dengan pemergian ayah kami hari ini".

 
"Dia merupakan seorang saintis dan lelaki yang luarbiasa yang mana legasinya akan terus berkekalan di tahun-tahun mendatang.
 

Keberanian, ketekunan dengan kebijaksanaan dan humornya memberi inspirasi kepada orang ramai di seluruh dunia".

Penulis buku 'A History Of Time' itu didiagnosis dengan salah satu bentuk penyakit ALS yang jarang berlaku pada tahun 1963.

Sejak itu kisah hidupnya menjadi aspirasi masyarakat di seluruh dunia kerana kecekalan dan kepandaiannya dalam bidang sains. - SoZPress.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==