'Panama Dance', Buat Benda Haram Jangan Ajak Orang - Imam Muda Fakhrul.

Oleh : Imam Muda Fakhrul

ADA orang mesej saya sambil menunjukkan video orang menari beramai-ramai di hospital dan pejabat-pejabat. Panama Dance katanya. Sambil bertanya hukum. Tepuk dahi juga saya melihatnya. 



Saya kata, menari ini banyak hukum iaitu wajib, harus dan haram.

Wajib kalau suami suruh, seronok dapat, pahala pun dapat.
Harus kalau seorang-seorang atau bersama-sama dengan kawan-kawan sejenis atau sesama mahram. 


Itupun kalau cara tarian dan tempat yang tidak menimbulkan fitnah. Haram kalau menari dengan bukan mahram sama ada berdua atau beramai-ramai.

Orang kata pula, "Haram tang mana pulak ustaz o
ii!!"

Oit, tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung, lompat terselak kain-kain itu tak jelas ke haramnya? Perlu dalil Quran Hadith ke?

"Alaaahhh! Nak seronok lepas stress sikit pun tak boleh!"

Apa kata kita seronok sampai masuk syurga. Confirm tak stress di sana. Lagi satu, janganlah buat kapsyen seperti:

"Kami sudah berpanama dance beramai-ramai ni. Korang bila lagi?"

Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain buat bersama. Buat trend itu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama.

Islam itu mudah tetapi jangan bermudah-mudah. Sempena Hari Wanita ini, rasa nak berpanama dance saja dengan isteri terchenta!
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==