Saya Tak Cakap M. Vasathapiriya Bunuh Diri Jelas Timbalan Menteri Pendidikan.

TIMBALAN Menteri Pendidikan P. Kamalanathan menafikan membuat pengesahan remaja yang membunuh diri selepas dituduh mencuri iPhone gurunya mempunyai rekod mencederakan diri.

Selepas kritikan dilontarkan ayah M. Vasathapriya dan pemimpin Pulau Pinang, Kamalanathan semalam mengatakan yang beliau hanya memberitahu wartawan itu tentang laporan kaunselor sekolah tentang kesihatan mental pelajar tingkatan dua itu yang pernah mengelar pergelangan tangannya.





“Apabila (wartawan) beritahu saya, saya hanya kata saya dengar perkara sama, dan saya dah minta Jabatan Pendidikan Pulau Pinang untuk hantar semua kertas siasatan kepada polis untuk tamatkan siasatan,” katanya seperti dipetik akhbar The Star.

“Tak pernah saya kata yang dia kelar tangannya.”

Ahad lalu, akhbar The Sun melaporkan Kamalanthan berkata yang remaja itu mengelar tangannya pada 2016.

Ayah Vasanthapiriya, R. Muniandy,54, bagaimanapun menyelar kenyataan Kamalanathan mengatakan anak perempuannya itu tidak pernah cuba membunuh diri sebelum ini dan timbalan menteri itu tidak berhak mendedahkan keadaan mental anaknya kepada awam.

Pelajar SMK Methodist Nibong Tebal itu meninggal dunia 1 Februari lalu selepas koma tujuh hari di Hospital Seberang Jaya. iPhone guru itu juga masih belum ditemui. 


Sumber : The Malaysian Insight.
close
==[ Klik disini 1X ] [ Close ]==