Oleh : Rafie Ramli
Isteri saya pun pernah nak meroyan.
Viral betul kes isteri meroyan. So saya rasa sesuai juga saya cerita pengalaman sendiri.
Saya pernah terkena juga issue meroyan ni, masa tu si isteri Felinna Nadea Ed Fattah baru melahirkan Rania di Raya haji. Kebetulan ada kenduri kahwin adik saya.
Gambar - Rafie Ramli |
Maka, semua orang sibuk dan isteri yang masih baru bersalin dan perut masih sakit kerana czer terperuk dalam bilik dan dikunjungi tetamu tanpa henti sehingga dia tak boleh rehat.
Tak boleh salah tetamu, nama pun kenduri kan, alang-alang tengok pengantin masuk tengok baby sekali.
Jadi hari kenduri yang sibuk. Saya terlupa yang isteri punya makanan berbeza dan tak sedia apa apa untuk dia. Memang lupa sungguh hari tu. Tiba-tiba isteri menangis petang tu. Dia takmau bercakap dan takmau bagitau kenapa. Dia terus menangis tak berhenti. Nampak macam kemurungan yang melampau.
Saya tanya lagi dan baru dia luah apa dia rasa. Dia tertekan sebab dapat makan nasik sejuk, tak boleh tidur dan penat menyusu, kecik ja halnya pun kan? Tapi emosi dia sangat tak stabil.
Saya bertuah, kakak-kakak ipar semua datang bagi moral support and pujuk isteri. Dan terakhir sekali guna kuasa mak saya pujuk dia baru isteri tenteram.
Dah malam baru dia dapat makan orang pantang, tak silap masa tu baru 2 minggu pantang.
Alhamdulillah. Dia cepat control emosi dan semua disekeliling cepat bagi support sewajarnya. So baru stage awal meroyan lah.
Ikhlas cakap. Hadapi isteri mengandung ni mencabar betul, dan bersalin nanti lagi mencabar. Lepas tu 2 tahun menyusu pula. Allah.... sebagai suami kena bertahan sahaja.
Tapi saya terfikir. Dari kahwin sampai sekarang dah 6 tahun isteri saya tak berhenti mengandung, melahirkan dan menyusu. Takda satu tahun pun dia skip semua tu demi menjaga amanah Allah yang dikurniakan.
Betapa bodohnya saya jika menyakitkan hatinya. Saya cuma perlu bersabar. Anak dah besar nanti inshaAllah semua baik baik sahaja. Saya pun dah penat , anak pulak la jaga kita nanti.
Allah ni ketika isteri mengandung dia tak uji isteri. Paling banyak Dia uji itu suami sebab tu suami menjadi ketua rumahtangga.
Bila jadi ketua ni bukan hanya tahu mengarah. Kena tahu bekerja juga. Kerja untuk anak bini. Jaga makan,jaga hati, jaga jiwa . Rezeki kita tu dengan mereka.
Tak berguna kita duit banyak tapi anak bini kita abai, kita tak jaga mereka, tak besarkan mereka. Kononnya kita bekerja keras untuk mereka.
Tak guna kita kerja siang malam kalau hidup kita hanya untuk harta semata, ramai sungguh... kerja untuk anak bini tapi anak bini terabai.
Saya nasihat sebagai suami. Suami yang nampak pengorbanan isteri, dan suami yang nampak isteri berubah sikap yang positif bila kita jaga mereka elok.
Fahamkan tugas kita sebagai suami, sama macam kita paham tugas kita mencari rezeki. Bersungguh betul kita.
Tapi part jaga anak bini semua nak lepas tangan, penat katanya. Takda hidup yang mudah. Yang ada cuma bagaimana kita fikir untuk mudahkan.
Sayang isteri, sayang anak bukan tinggal tinggalkan sahaja. Tapi jaga-jaga kan.
Sekian, celoteh konon dah 60 tahun kahwin padahal baru nak masuk tahun ke 6.